Tahniah KCFC!

Mungin belum terlambat untuk mengucap Tahniah kepada Kuching City FC di atas pencapaian terbaik pasukan tok untuk 2026.

Mungkin kita x terperasan yg tahun tok KCFC dah pun meletakkan sidak cun² dibelakang champion JDT, cuma KCFC x sempat ke final Piala FA yg lepas kerana dah dolok bertemu dgn JDT diperingkat Separuh Akhir.

Dalam season sebelum nya, KCFC berada di kedudukan ke-4 Liga, yg menjadi based-line utk pengurusan menggarap formula dan target untuk kekal competative dalam Liga dan memberi cabaran dalam sub-pertandingan seperti piala FA dan Piala Malaysia.

Mun nk ditanggar persediaan KCFC utk season 2026 sebelum tok sememangnya sidak nk mbak misi membawa pulang Piala Malaysia ke Sarawak tahun tok.

Membawa masuk beberapa pemain berpengalaman bagi mengharungi musim baru adalah antara strategi utama yg dibuat oleh Kuching City FC untuk menghadapi musim baru. KCFC membuat pinjaman secara win² situation bersama beberapa kelab untuk mengukuhkan pasukan, disamping pada masa sama mengurus kewangan kelab secara 'prudent'.

Walaupun kandas di perlawanan Akhir, tanpa dijangka KCFC mendapat 'bonus' season tok apabila menjadi naib juara & keluar beraksi ke peringkat ACL2 yang menghimpunkan kelab terbaik Asia.

Saya menjangkakan perjlanan ke asia tok hanya dilihat secara serious oleh KCFC menjelang 2nd leg liga, memandangkan pasukan KCFC pada peringkat awal memang dilihat sik terlalu mengharap dapat beraksi diperingkat ACL berdasarkan target asal hanya untuk layak ke piala malaysia secara automatik musim 2026.

Kejayaan tok menjadi bualan banyak pihak yg sebelum tok banyak nanggar KCFC as sebuah Kelab  yg sedang meningkat naik tiba² menjadi 'the giant killer' dalam Liga Super Malaysia. Percaturan yg dicatur oleh Coach Aidil bersama pasukan dan pengurusan ternyata mempunyai nilai yang lebih tinggi dari apa yg dijangka.

KCFC tidak bergerak secara mendatar sepanjang musim. Tetapi KCFC beraksi secara 'smart'  sepanjang musim. Benda tok, agak kurang umum di kalangan pemerhati bolasepak Sarawak.

Namun, ternyata mentaliti bolasepak yang diterapkan oleh Aidil Sharin amat mempersonakan dan telah membangkitkan semua semangat 'Sarawak, Ngap Sayot, Bujang Senang' yang boleh dikatakan malap sekejap, angkara masalah pengurusan yang sik settle2.

Apa² pun KCFC kinek tok sedang melakar sejarah baru bolasepak Malaysia, khususnya Sarawak.

Sebuah kelab bolasepak yg bukan berstatus milikan elite mahupun 'old money', tapi hanyalah sebuah kelab asal 'liga rakyat' yang memiliki kemampuan pengurusan kelab yg dinamik & berkhemah.

Sekali lagi Tahniah Kuching City FC di atas kejayaan menjadi Naib Juara utk Liga Super & Piala Malaysia.Juga, Tahniah atas Layak Ke ACL2 musim depan. Satu pengalaman baru, bukan setakat utk team, bahkan utk peminat terutamanya di Sarawak kita tok.

Comments

Search