Tok Nan: Jagakan Sarawak Benar-Benar

Antara amanat akhir yang disebut Almarhum & menjadi pegangan kebanyakkan warga Sarawak selepas nya- JAGAKAN SARAWAK TOK BENAR-BENAR.

Sik dinafikan, walaupun singkat, namun impaknya dan auranya maseh terlekat sehingga kinek. Rakyat Sarawak jadi makin kuat satu hati, untuk menangkis bila ada cubaan untuk merenggangkan Sarawak.

Satu yang terserlah dengan kepimpinan Almarhum Tok Nan adalah dalam bahasa yang mudah, Mun Sik Ada Sarawak, Sapa ajaklah kita tok. Dan selagik mana kita diikat dengan Sarawak, maka yalah jadi tanggungjawab kita untuk bersama menjaganya.

Walaupun lamak dah hampir sedekad Tok Nan sekda, namun prinsipnya, ilmunya, sumbangan nya berterusan mendatangkan manfaat kepada penduduk negeri Sarawak.

Sama-sama kita memberi penghormatan (bukan islam) dan yg beragama islam, kita berniat sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah untuk almarhum, dan juga untuk semua mereka yg telah mendahului kita.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama golongan yang baik2 dan mendapat rahmat-Nya. Amin.

Comments

Search