Hari Sarawak

 22 Julai kinek disambut setiap tahun sebagai hari perlepasan am di Sarawak.

Bermula 2016, dibawah kepimpinan Almarhum Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan Satem, Sarawak telah mengazetkan tarikh tok sebagai cuti dan diadakan sambutan secara rasmi hari rasmi pengisytiharan Sarawak merdeka sepenuhnya dari jajahan mana kuasa dan bakal mentakbir dirikpun bersama Tanah Malaya dan Sabah. Tahun 1963.

Sebelum2 tok tarikh tok boleh dikatakan tarikh tok dah dijadikan instrument politik dan dipersoal 'WHY' sik diadakan apa-apa sambutan. Mulalah beberapa gerakan molah sambutan secara 'informal' dibeberapa tempat bersejarah di Sarawak.

Bagi aku Tok Nan memang aware pasal benda tok, daripada berterusan diperdebatkan, bagus kita carik jalan penyelesaian terbaik. Dan sememangnya kebanyakkan kita urg Sarawak menerima baik benda tok. Bukan kerana cuti semata-mata tapi kerana kepentingan mengetahui Sejarah juak.

Kinek tok 22 Julai disambut secara rasmi diperingkat negeri. Setiap bahagian di Sarawak yg bukan menjadi venue sambutan tetap meriah mengadakan aktiviti masing-masing untuk meraikan 22 Julai.

Mun dari sudut pandangan aku, 22 Julai tok wajar disambut sbg Hari Sarawak, berbeza dengan Hari Kebangsaan, mahupun Hari Malaysia. Mcm hari kebangsaan, hari malaysia tok nya ada perbarisan, ada apa indah nak, mun boleh Hari Sarawak tok nya mcm hari untuk rakyat Sarawak berkumpul & molah aktiviti yg dpt kita polah bersama-sama yg sik terlalu protokol dan membabitkan urg biasa & pemimpin.

Rasa macam best jak urg molah aktiviti mcm larian bendera, aktiviti sukan rakyat, kebudayaan rakyat, konvoi ka, nok mcm tok lah bagus. so that, semua urg dpt involve secara meriah.  


Tahun tok, Miri terpilih jadi venue utama sambutan. Manakala bahagian-bahagian lain pun sama merami aktiviti Hari Sarawak diperingkat bahagian masing-masing. Pada masa yang sama, kita di Sarawak tok boleh la makey tarikh 22 Julai tok as pembukaan untuk sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yg bakal disambut pada Ogos dan September tok.





Comments

Search